RANCANGAN PENGAJARAN
PRASEKOLAH
MASA : 10.20 – 11.00 pagi (40
minit)
MODUL TEMA : HAIWAN
SUB TEMA : BUNYI HAIWAN JINAK
TUNJANG
UTAMA : LITERASI SAINS DAN
TEKNOLOGI.
Fokus : ST 3.0 Menyiasat Alam Hidupan.
Standard Kandungan :
ST 3.4
Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat,
cara pergerakan, jenis makanan, kitaran
hidup haiwan yang biasa dijumpai.
Standard Pembelajaran :
ST 3.4.1 Menamakan
haiwan yang biasa dijumpai (dalam
kehidupan sebenar, buku/tv)
ST 3.4.2 Mengecam bunyi haiwan yang
biasa dijumpai.
ST 3.4.3 Memerhati dan meniru pergerakan
haiwan (contoh pergerakan; terbang, melompat)
Kesepaduan :
KT 2.1.13 Menyanyi
sambil bergerak
BM 1.1.5
Mengecam pelbagai bunyi di persekitaran murid.
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini
murid dapat
1.
10 orang kanak-kanak dapat Meniru dan membunyikan bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru serta melakukan
pergerakan haiwan tersebut.
2. 10/12 orang kanak-kanak dapat
menamakan haiwan dengan tepat.
Bahan : Video, Kad huruf. Kad
gambar, ipad,laptop
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN.
SET INDUKSI ( 5 Minit )
Cikgu Tijah Bt.Sohod
1.Guru
memperdengarkan pelbagai bunyi haiwan seperti kucing, katak, burung dan
sebagainya.
2.Kanak-kanak
menceritakan pengalaman dan pengetahuan mereka berkaitan haiwan.
Bahan : Power
Point, ipad
LANGKAH 1 (15
minit) Cikgu Faizan Bin Mukti
1. Guru
memperlihatkan gambar - gambar haiwan dan memperdengarkan semula bunyi haiwan tersebut.
2. Kanak-kanak
menamakan haiwan tersebut dengan bimbingan guru.
3. Guru
memperlihatkan semula gambar haiwan dan kanak-kanak menghasilkan bunyi haiwan tersebut.
Bahan :Power
Point.ipad
LANGKAH 2 (15
minit) Cikgu Rusidah Binti Hamzah)
1. Guru memperkenalkan huruf pertama haiwan tersebut
Contohnya Huruf K untuk Kucing,Huruf I untuk
itik,Huruf A untuk ayam
2. Guru
memperlihatkan gambar haiwan melalui
power point dan murid menyebut huruf
Bahan : Gambar Haiwan dan huruf di Power point
LANGKAH 3 (
10 minit) Cikgu Lukis Henry Ta-O
1.Guru
memperlihatkan ganbar haiwan melalui power point dan kanak-kanak melihat
gerakan haiwan-haiwan tersebut.
2. Kanak-kanak
meniru pergerakan haiwan yang diperlihatkan.
Secara
berkumpulan,kanak-kanak melakukan pergerakan haiwan berpandukan bunyi haiwan
yang diperdengarkan oleh guru.
Penutup (4 Minit) Cikgu Piki Bt.Pitoh @ Peter
1. Guru bersoaljawab
tentang pergerakan dan bunyi haiwan
2. Guru mengajar baris demi baris
senikata lagu “ Bunyi Haiwan”
3.Guru bersama Murid menyanyikan Lagu “Bunyi Haiwan” sambil beraksi pergerakan
binatang.
4.Lagu diulangi semula dan murid
menyanyi sambil membuat pergerakan haiwan.