TARIKH : 21.3.2012
HARI : RABU
MASA : 8.00 PAGI - 8.30 PAGI
TUNJANG : BAHASA DAN KOMUNIKASI-BAHASA MALAYSIA
FOKUS : ( BM 2.0) Kemahiran Bertutur
(BM 3.0) Kemahiran Membaca
STANDARD KANDUNGAN : (BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra
(BM 3.4) Membina dan membaca suku kata
STANDARD PEMBELAJARAN : (BM 2.1.7) Menamakan objek di persekitaran
(BM 3.4.5) Membina dan membunyikan dua suku kata terbuka
secara rawak
(BM 3.4.6) Membina dan membunyikan tiga suku kata terbuka secara
rawak
(BM 3.4.7) Membina dan membunyikan tiga suku kata tertutup secara
rawak
KESEPADUAN : (KTI 1.1.5) Mewarna gambar dalam ruang tertentu
HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran, murid boleh :
1. mengenal dan menamakan sekurang-kurangnya 4 jenis alat tulis
2. membaca 4 jenis alat tulis dengan bimbingan guru
3. melakar gambar alat tulis
AKTIVITI :
1. Menamakan alat tulis yang ditunjukkan oleh guru melalui power point
2. Murid membaca nama alat tulis dengan bimbingan guru
3. Murid melakar gambar alat tulis
BAHAN : Laptop, LCD, lembaran kerja dan pensil warna